ALIMUDDIN TINGGALKAN DELEGASI CEMERLANG
Rangka kejayaan memajukan pendidikan negara ke tahap baru dengan pelbagai transformasi PENDIDIKAN adalah ejen terpenting dalam pembangunan sesebuah negara kerana melaluinya tamadun negara terbina dan kerananya juga lahir pelbagai lapisan masyarakat yang mampu merencana hala tuju Malaysia. Justeru, bukan sesuatu yang janggal apabila setiap kali pembentangan belanjawan negara dan ketika Rancangan Malaysia dibacakan, sektor pendidikan sentiasa diberi keistimewaan dengan menerima peruntukan besar. Pendidikan juga menjadi sektor kerjaya terbesar dengan memiliki kakitangan sama ada akademik atau sokongan demi memastikan ia dapat bergerak lancar bagi menyalurkan ilmu kepada jutaan pelajar seluruh negara. Pernah juga kata-kata dilontarkan setiap masa, malah di sesetengah lokasi seperti sekolah mencatatkannya di dinding bangunan - ‘Lahirnya seorang menteri bermula dari sekolah dan orang yang bertanggungjawab mendidik mereka adalah guru’. Ia sekali gus memberi gambaran betapa besarn