Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

ALIMUDDIN TINGGALKAN DELEGASI CEMERLANG

Imej
Rangka kejayaan memajukan pendidikan negara ke tahap baru dengan pelbagai transformasi




PENDIDIKAN adalah ejen terpenting dalam pembangunan sesebuah negara kerana melaluinya tamadun negara terbina dan kerananya juga lahir pelbagai lapisan masyarakat yang mampu merencana hala tuju Malaysia. Justeru, bukan sesuatu yang janggal apabila setiap kali pembentangan belanjawan negara dan ketika Rancangan Malaysia dibacakan, sektor pendidikan sentiasa diberi keistimewaan dengan menerima peruntukan besar.
    Pendidikan juga menjadi sektor kerjaya terbesar dengan memiliki kakitangan sama ada akademik atau sokongan demi memastikan ia dapat bergerak lancar bagi menyalurkan ilmu kepada jutaan pelajar seluruh negara. Pernah juga kata-kata dilontarkan setiap masa, malah di sesetengah lokasi seperti sekolah mencatatkannya di dinding bangunan - ‘Lahirnya seorang menteri bermula dari sekolah dan orang yang bertanggungjawab mendidik mereka adalah guru’. Ia sekali gus memberi gambaran betapa besarnya peranan…

AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA

Imej
Satu perkara yang kita tidak dapat pisahkan apabila berbicara mengenai manusia ialah akhlak. Akhlak dan maunsia merupakan suatu perkara yang sinonim untuk diperkatakan dan saling berkait rapat antara satu sama lain. Manusia sebagai makhluk yang dijadikan Allah s.w.t sebagai hamba dan juga khalifah di muka bumi ini, perlu memiliki sakhsiah dan budi pekerti yang mulia. Apabila berbicara tentang akhlak, kita juga sering mengaitkannya dengan nilai, etika, moral, budi dan susila. Tiada satupun agama yang ada di atas muka bumi ini yang tidak menyebut dan memberi penekanan berkaitan dengan akhlak terhadap penganutnya. Akhlak boleh dianggap sebagai senjata bagi manusia, kerana ianya boleh memberi manfaat dan juga keburukan kepada manusia. Dalam membentuk akhlak yang mulia dan terpuji, kita perlulah merujuk kepada kitab Allah s.w.t dan sunnah baginda nabi s.a.w. Perkara ini penting agar akhlak yang bakal terbentuk adalah sejajar dengan apa yang telah diajar oleh rasulullah s.a.w. Akhlak merupaka…

SEKADAR UNTUK BERKONGSI....

TEKNOLOGI : KONSEP & VIDEO BERKAITAN DENGANNYA
Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Begitulah yang dapat saya katakan sebagai pembuka bicara dalam segmen 'Sekadar Untuk Berkongsi' ini. Dalam segmen ni saya cuba untuk berkongsi dengan anda semua tentang beberapa video yang dapat dikaitkan dengan teknologi. namun sebelum tu, saya nak bawa anda semua kenali dulu, apa yang sebenarnya y dikatakan sebagai teknologi tu.      Teknologi berasal dari kataYunani, iaitu techniyang bermaksud kemahiran. Kemahiran menggunakan sesuatu kemahiran (sama ada yang berbentuk saintifik ataupun tidak) sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.     Teknologi juga merupakan keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge)yang digunakan secara sistematik hingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas hingga ianya mencapai kejayaan (Galbraith, 1967).Pengetahuan saintifik di sini …

MODEL BBM

Imej
ISLAMIC DART
Ini merupakan dari salah satu model BBM yang telah saya hasilkan untuk tugasan individu bagi subjek GGGE 2153 Teknologi Pendidikan. Model ini dinamakan Islamic Dart.





Cara mengendalikan permainan Islamic Dart :
1) Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan.      setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil bagi membaling dart. 2) Setelah pelajar mendapat nilai markah dari balingan dart tadi, pelajar akan diajukan               soalan. 3) Soalan merangkumi 3 bahagian iaitu, akhlak, akidah & syariah.      pelajar diminta memilih soalan dari 3 bahagian soalan tadi. 4) Sekiranya pelajar berjaya menjawab dengan tepat, pelajar tersebut akan mendapat         markah berdasarkan nilai balingan tadi. 5) Namun sekiranya pelajar gagal menjawab soalan dengan tepat, markah tidak akan dikira. 
SELAMAT MENCUBA
GURU BERINOVASI PENCETUS IDEA BERKUALITI

Abe Mad & Group Production.

Inilah hasil penat lelah saya & ahli kumpulan : 
1)Cikgu Hafiz 2) Ustaz Suhaimi 3) Ustaz Ehsan 4) Ustaz Akmal  5) Ustaz Mustaqim 
Video ni kami sediakan bagi melengkapkan tugasan individu untuk subjek Tekno Pend. GGGE 2153. Selamat menonton :

GURU PENDIDIKAN ISLAM & MEDIA PEGAJARAN ELEKTRONIK

Imej
Media merupakan salah satu daripada komponen dalam teknologi pendidikan yang sering digunakan oleh guru dalam pengajaran. Ia merupakan sejenis bahan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat serta membantu dalam mempercepatkan proses penerimaan dan perkembangan kemahiran dikalangan pelajar. Media juga berfungsi sebagai alat sokongan kepada proses pengajaran. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis peralatan yang boleh diperolehi guru dan juga pelajar dengan mudah di persekitaran mereka seperti buku-buku, televisyen, papan tulis, benda-benda hidup dan juga tak hidup. Penggunaan media memerlukan kepada perancangan yang sistematik agar ianya dapat membantu guru-guru menyapaikan pengajaran dengan mudah dan berkesan setelah objektif pengajaran dan perancangan pembelajaran dikenal pasti. Penggunaan media dalam proses pendidikan sering dikaitkan dengan penggunaan perlatan teknologi seperti OHP, LCD, komputer dan lain-lain. Pelaksanaan pengajaran dengan berbantukan bahan media memerlukan pengli…

Abe Mad & Group Production.

Imej
Judul Buku : Mengenang Peristiwa Peperangan al-Badar
Penulis    : Muhammad bin Razali              Mejar Mohd. Jasmy bin Abd. Rahman Penerbit   : Abe Mad & Group Sdn. Bhd Harga      : RM 20.00