Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI TANAH MELAYU

Sistem tulisan dalam masyarakat Melayu telah lama wujud, iaitu bermula dari wujudnya konteks hubungan masyarakat Melayu dengan masyarakat antarabangsa. Sebahagian rumpun Melayu di Nusantara mempunyai sistem tulisan mereka sendiri, antaranya seperti huruf rencong yang digunakan oleh masyarakat Melayu Acheh. Selain dari itu, masyarakat Melayu Bugis di Sulawesi, masyarakat Melayu Jawa dengan sistem tulisan kiwi dan winggi dan masyarakat-masyarakat lain lagi yang mempunyai sistem tulisan mereka sendiri (Ahmad Farid Abdul Jalal, 2005). Penemuan batu bersurat zaman Sriwijaya seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M.), Kota Kapur (686 M.) dan Talang Tuwo (684 M.) yang ditulis pada abad ketujuh Masihi dalam bahasa Melayu Kuno jelas menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu pada ketika itu sudah mempunyai sistem tulisan yang tersendiri (Muhd. Bukhari Lubis, 2006:1). Namun sekitar abad ketiga belas Masihi, Islam mula bertapak dan tersebar luas di Alam Melayu. Kedatangan  Islam ke alam i