SEKADAR UNTUK BERKONGSI....

TEKNOLOGI : KONSEP & VIDEO BERKAITAN DENGANNYA

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Begitulah yang dapat saya katakan sebagai pembuka bicara dalam segmen 'Sekadar Untuk Berkongsi' ini. Dalam segmen ni saya cuba untuk berkongsi dengan anda semua tentang beberapa video yang dapat dikaitkan dengan teknologi. namun sebelum tu, saya nak bawa anda semua kenali dulu, apa yang sebenarnya y dikatakan sebagai teknologi tu. 
    Teknologi berasal dari kata Yunani, iaitu techni yang bermaksud kemahiran. Kemahiran menggunakan sesuatu kemahiran (sama ada yang berbentuk saintifik ataupun tidak) sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.
    Teknologi juga merupakan keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun (other organized knowledge) yang digunakan secara sistematik hingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas hingga ianya mencapai kejayaan (Galbraith, 1967). Pengetahuan saintifik di sini ialah himpunan ilmu & pengetahuan yang telah diuji & dinyatakan dalam satu set prinsip am. Pengetahuan lain pula merujuk kepada pengetahuan yang belum diuji secara saintifik, namun telah dibuktikan kesahihannya melalui amalan penggunaannya.
    Menurut Evans & Nations pula, teknologi bukanlah alat semata-mata. Sebaliknya teknologi ialah suatu seni atau sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan-tujuannya. Maka dalam erti kata yang lebih mudah untuk kita semua fahami, teknologi yang di maksudkan pada hari ini ilaha kemahiran seseorang untuk menggunakan alat bagi tujuan yang berfaedah dengan berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan.
Jadi sekarang,  kita saksikan pula sebahagian dari video2 yang telah saya ambil dari YOU TUBE untuk dikongsi dengan anda semua. 

MOGA ANDA TERHIBUR

1) Spy Cam Pen

Boleh digunakan untuk tujuan perisikan. Mudah dan senang di bawa ke mana2. Tapi dalam masa yang sama, kaum wanita perlu lebih berhati2, kerana ianya mungkin boleh di salah gunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab untuk tujuan yang tidak baik.

2) Komputer Masa Depan


Pada masa depan, penggunaan komputer mungkin menjadi suatu perkara biasa, terutamanya di negara2 maju.  Komputer boleh digunakan dimana2  saja. Baik di rumah, pejabat, sekolah, pusat beli belah, restoran dan lain-lain lagi. Hanya tekan pada skrin, anda boleh menikmati segala-galanya dengan mudah. Senangkan.

3) Mouse Komputer Masa Depan


Jika tadi anda lihat Komputer Masa Depan, sekarang kita lihat pula mouse yang boleh dikatakan agak canggih. Mouse ini boleh digunakan tanpa menyambungkan wayar pada komputer. Penggunaan mouse ini membantu memudahkan kerja serta menjimatkan masa. kelima-lima jari yang diletakkan pada mouse tersebut boleh memainkan peranannya sendiri. Amat sesuai digunakan oleh designer.

4) Pen Pembaca al-Quran Digital 


Pen ini merupakan satu lagi bukti kemajuan manusia dalam menerokai bidang saintifik. Kombinasi antara sains & teknologi telah berjaya mencipta Pen Pembaca al-Quran Digital. Pen ini boleh mengatasi masalah asas dalam pembacaan al-Quran serta memudahkan proses menghafal al-Quran. Namun, harus diingatkan bahawa orang ramai terutamanya umat Islam tidak hanya bergantung pada penggunaan pen ini sahaja untuk belajar membaca al-Quran. Tetapi perlu merujuk kepada guru-guru yang mahir dalam bacaan al-Quran. Jadikan penggunaan pen ini sebagai bahan bantuan sahaja.

5) Ismail Jejaka


Antara video2 yang telah saya persembahkan kepada anda, video ini sebenarnya yang paling saya ingin tunjukkan. Menggunakan gergaji untuk menghasilkan bunyi yang hampir sama dengan biola. Pelikkan, tapi ini adalah hakikat. Bakat serta kemahiran yang ada pada Ismail Jejaka telah beliau terjemahkan dalam bentuk seni muzik. Kemahiran beliau 'menggeresek' gergaji telah memukau mata masyarakat bahawa gergaji bukan sahaja boleh duigunakan untuk memotong papan atau kayu, tapi juga boleh dijadikan sebagai alat muzik. Bahkan bunyi  yang dihasilkan mirip bunyi biola. Jadi benarlah kata Evans & Nation bahawa teknologi ialah seni. Mungkin suatu masa nanti ismail jejaka boleh mencipta satu alat muzik baru dengan menggunakan pahat dan tukul.  

*Sila rujuk buku Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran . Pengarang : Noraini A.Rashid, Boon Pong Ying, Syarifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan. Terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd (2009).


TEKNOLOGI PENCETUS REVOLUSI MASA KINI 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI TANAH MELAYU

وصف حفل الزفاف في القرى والمدن

MODEL BBM