GURU PENDIDIKAN ISLAM & MEDIA PEGAJARAN ELEKTRONIK


Media merupakan salah satu daripada komponen dalam teknologi pendidikan yang sering digunakan oleh guru dalam pengajaran. Ia merupakan sejenis bahan yang digunakan untuk menyalurkan maklumat serta membantu dalam mempercepatkan proses penerimaan dan perkembangan kemahiran dikalangan pelajar. Media juga berfungsi sebagai alat sokongan kepada proses pengajaran. Ianya terdiri daripada pelbagai jenis peralatan yang boleh diperolehi guru dan juga pelajar dengan mudah di persekitaran mereka seperti buku-buku, televisyen, papan tulis, benda-benda hidup dan juga tak hidup.
Penggunaan media memerlukan kepada perancangan yang sistematik agar ianya dapat membantu guru-guru menyapaikan pengajaran dengan mudah dan berkesan setelah objektif pengajaran dan perancangan pembelajaran dikenal pasti. Penggunaan media dalam proses pendidikan sering dikaitkan dengan penggunaan perlatan teknologi seperti OHP, LCD, komputer dan lain-lain. Pelaksanaan pengajaran dengan berbantukan bahan media memerlukan penglibatan secara aktif daripada pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan lancar. Bagaimanapun penglibatan pelajar secara aktif dalam proses ini adalah bergantung kepada sejauh mana keberkesanan penggunaan media dapat menarik minat mereka untuk belajar serta meningkatkan tahap kefahaman terhadap isi pengajaran.   
Dalam hal ini guru harus sedar bahawa penggunaan media dalam pengajaran perlulah sesuai dengan tahap penerimaan pelajar serta mampu mempengaruhi mereka untuk turut serta dalam proses P&P. Media yang ingin digunakan perlu dipilih dengan berhati-hati agar objektif serta matlamat pengajaran dapat dicapai serta membolehkan proses P&P berlaku tanpa kehadiran guru di dalam kelas. Guru Pendidikan Islam juga seharusnya peka dengan hal ini dan perlu bersedia untuk menerima serta mengaplikasikan penggunaan bahan media bagi meningkatkan keberkesanan proses P&P di sekolah. Penglibatan guru Pendidikan Islam dalam penggunaan media pengajaran elektronik adalah sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melahirkan guru Pendidikan Islam yang mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi. Mereka perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta memperbaharuinya setiap masa agar ianya selaras dengan perkembangan semasa.
  Oleh itu, guru Pendidikan Islam perlu mengorak langkah menjadikan  media pengajaran elektronik seperti komputer, sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu P&P Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini yang ingin memperluaskan skop penggunaan bahan media elektronik dalam sistem pendidikan secara menyeluruh, mereka perlu tahu bagaimana cara untuk mengendalikan perlatan ini agar ianya dapat diguna dan disesuaikan dalam proses P&P.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI TANAH MELAYU

وصف حفل الزفاف في القرى والمدن

MODEL BBM