AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA



Satu perkara yang kita tidak dapat pisahkan apabila berbicara mengenai manusia ialah akhlak. Akhlak dan maunsia merupakan suatu perkara yang sinonim untuk diperkatakan dan saling berkait rapat antara satu sama lain. Manusia sebagai makhluk yang dijadikan Allah s.w.t sebagai hamba dan juga khalifah di muka bumi ini, perlu memiliki sakhsiah dan budi pekerti yang mulia.
Apabila berbicara tentang akhlak, kita juga sering mengaitkannya dengan nilai, etika, moral, budi dan susila. Tiada satupun agama yang ada di atas muka bumi ini yang tidak menyebut dan memberi penekanan berkaitan dengan akhlak terhadap penganutnya. Akhlak boleh dianggap sebagai senjata bagi manusia, kerana ianya boleh memberi manfaat dan juga keburukan kepada manusia. Dalam membentuk akhlak yang mulia dan terpuji, kita perlulah merujuk kepada kitab Allah s.w.t dan sunnah baginda nabi s.a.w. Perkara ini penting agar akhlak yang bakal terbentuk adalah sejajar dengan apa yang telah diajar oleh rasulullah s.a.w.
Akhlak merupakan tingkah laku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya
Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang palsu, akan memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang dipegang itu, dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai kehidupan bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman palsu, ia akan memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.
Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai dan akhlak yang baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Namun, jika perkara sebaliknya yang berlaku, maka ianya akan membentuk masyarakat yang hidup dalam keadaan yang porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat seperti ini tidak mungkin akan dapat membentuk tamadun yang murni dan luhur.
Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yang kukuh dan dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan. Ianya ini akan terpancar daripada aqidah yang benar. Keruntuhan dan kehancuran masyarakat akan berlaku skiranya penghayatan terhadap nilai dan akhlak tidka dapat dibentuk. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan jatuh hingga setaraf dengan haiwan sekiranya mereka tidak mengamalkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran Islam. Sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia. (Riwayat al-Baihaqi)
Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. Akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia di bumi ini.
Kepentingan akhlak dalam kehidupan telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkannya sebagai sumber utama dalam pembentukkan akhlak yang mulia. Pendekatan al-Quran dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk konseptual dan penghayatan. Akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa al-Ouran diturunkan.
Al-Quran telah memberi gambaran tentang bagaimana aqidah orang-orang beriman yang berkelakuan mulia dan kehidupan yang penuh tertib, adil dan luhur. Berbeza dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan keji ini, dapat dilihat dengan jelas dalam sejarah umat terdahulu. Di dalam al-Quran telah disebut dengan jelas tentang bagaimana para rasul ditentang oleh golongan umatnya yang menyekutukan Allah dari menyebarkan ajaran Islam yang menyeru mereka ke arah berakhlak mulia.

Ulasan

  1. nenek cik eya ckp,klo kite sllu bc al-quran,ati msti tnng..tp mmg betul la abe mad.lgpun nak g keje blk kje n buat sume urusan jd tenang n lancar.rs hepi sgt2...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI TANAH MELAYU

وصف حفل الزفاف في القرى والمدن

MODEL BBM